Isnin, 25 Februari 2013

Banjir- entah yang ke berapa kali

"Balik, balik, air telah naik di Jerebun" satu suara yang amat ku kenali mengjutkan aku yang sedang tekun menaip dibilik.

'Betul kah" aku inginkan kepastian lebih lanjut.

"Dari maklumat yang aku dapat sebentar tadi air telah melintas jalan tapi setakat ini masih boleh dilalui' Terang Cikgu Zul lagi. dari sumber mana yang dia dapat pun aku tidak mengetahui adakah kesahihannya tapi yang aku pasti sememangnya betul kata-katanya berdasarkan keadaan hujan sehari dua ini.

"Beginilah aku pun nak pergi ke Jerteh, bairkan aku turun dulu, lepas tu aku telefon" 

"ok"

Selepas menyiapkan dokumen-dokumen yang aku perlukan aku terus memandu. Sebaik sahaj sampai di jambatan Jerbun aku mendapati memaang betullah air telah melintas jalan. Aku terus menelefon kepada rakan ku tadi memaklumkan bahawa paras air semakin meningkat. Selepas memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah aku mendapat tahu kemudiannya sesi persekolahan pada hari ini ditamatkanlebih awal.




Beginilah keadaan yang sentiasa berlaku setiap kali tiba musim banjir atau hujan lebat yang menimpa maka laluan di jambatan Kg. Jerubun mudah ditenggelami air. Rasanya kalau jalan dikawasan ini ditinggikan sedikit keadaan ini mungkin  dapat diatasi

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates