Khamis, 28 Februari 2013

Masalah Menurunkan Berat Badan?


Hari ini ambo nak kongsi sesuatu dengan anda semua, buat mereka di luar sana yang ingin menguruskan berat badan secara semulajadi tanpa pengambilan produk-produk pelangsingan tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

Mungkin anda telah berdiet dengan extreme sehingga asyik kelaparan, tetapi berat tidak turun-turun atau berat turun tetapi kulit masih menggelebeh seperti masih banyak lemak dan otot masih masih kecil tidak nampak2?

Metabolisma anda sebenarnya telah turun dgn mendadak, menyebabkan anda susah nak kurus dalam jangka masa yang panjang dan mudah naik berat badan selepas itu!!!

Jika anda mengalami semua masalah masalah ini, ini bermakna anda masih belum memahami teknik dan fungsi badan anda secara menyeluruh dan membuatkan anda susah menggapai tubuh impian anda.

Program yang disusun di dalam Teknik Bakar Lemak Pantas ini akan mengajarkan anda memahami sistem sebenar tubuh badan anda dan proses untuk menjadikan badan anda sebagai mesin pembakar lemak!

Anda tidak perlu berlapar secara extreme!

Anda boleh menghilangkan lemak-lemak degil di perut, paha, dada dan di mana sahaja yang anda mahu!

Ebook ini menawarkan ILMU dan PANDUAN untuk anda menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat dan baik.

100% semulajadi tanpa perlukan produk2 sampingan yang berharga beratus-ratus!

Apa yang anda perlukan ialah motivasi, semangat dan kesungguhan untuk menguruskan berat badan dan beli Ebook ini sebagai panduan dan untuk anda memahami selok belok PEMAKANAN, SENAMAN, MOTIVASI yang anda perlukan untuk berjaya!!!

JIKA BERMINAT, SILA KE WEB BAKARLEMAK PANTAS


Continue Reading...

Isnin, 25 Februari 2013

Banjir- entah yang ke berapa kali

"Balik, balik, air telah naik di Jerebun" satu suara yang amat ku kenali mengjutkan aku yang sedang tekun menaip dibilik.

'Betul kah" aku inginkan kepastian lebih lanjut.

"Dari maklumat yang aku dapat sebentar tadi air telah melintas jalan tapi setakat ini masih boleh dilalui' Terang Cikgu Zul lagi. dari sumber mana yang dia dapat pun aku tidak mengetahui adakah kesahihannya tapi yang aku pasti sememangnya betul kata-katanya berdasarkan keadaan hujan sehari dua ini.

"Beginilah aku pun nak pergi ke Jerteh, bairkan aku turun dulu, lepas tu aku telefon" 

"ok"

Selepas menyiapkan dokumen-dokumen yang aku perlukan aku terus memandu. Sebaik sahaj sampai di jambatan Jerbun aku mendapati memaang betullah air telah melintas jalan. Aku terus menelefon kepada rakan ku tadi memaklumkan bahawa paras air semakin meningkat. Selepas memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah aku mendapat tahu kemudiannya sesi persekolahan pada hari ini ditamatkanlebih awal.




Beginilah keadaan yang sentiasa berlaku setiap kali tiba musim banjir atau hujan lebat yang menimpa maka laluan di jambatan Kg. Jerubun mudah ditenggelami air. Rasanya kalau jalan dikawasan ini ditinggikan sedikit keadaan ini mungkin  dapat diatasi
Continue Reading...

Jumaat, 22 Februari 2013

Berkaitan dengan pemakanan

Semalam ambo gi ko HUSM kubang Kerian. selepas jumpa dengan doktor ambo terus masuk ke Unit Dietetik dan adalah sikit sebanyak ambo tanya khabar tentang tip tip berkaitan dengan pemakanan dan ambo ingin kongsi bersama kat sini.

Kandungan Kolesterol Dalam Makanan Mentah

1.   Sangat Tinggi
      Otak lembu/kambing, Telur Kuning (itik, ayam dan puyuh

2.   Tinggi
      Hati, udang, sotong, mentega dan ketam

3.   Sederhana
      Ayam, daging kambing, daging lembu, sosej dan keju

4.   Rendah
      Ikan  dan susu segar

5.   Sayur-sayuran dan buah-buahan


Kandungan Vitamin A dalam sayur-sayuran

1.   Sangat Tinggi
      Daun turi, cekur manis, daun kari, lobak merah dan daun kelor

2.   Tinggi
      Kau-kei, pucuk ubi kayu, bayam merah, cemperai, daun pudina, kai lan, 
      remayang, kucai, bayam, ketumbar, mengkudu dan pak-coy

3.   Sederhana
      Sawi, lada merah, kangkung, pucuk betik, pucuk jagus, daun bawang, labu merah 
      dan pucuk paku

4.   Rendah
      Kacang panjang, kacang botol, lada hijau, tomato, kacang buncis, daun salad 
      dan batang keladi


Itu sedikit info yang ambo dapat semasa mengunjungi unit dietetik. Setengah setengah dari sayur yang disebut itu pun ambo sendiri tak kenal. apa yang penting ambo ingin kongsi bersama.



Continue Reading...

Khamis, 21 Februari 2013

Alhamdullillah semuanya semakin menurun

Hasil dari pemeriksaan darah yang dilakukan pada minggu lalu hari ini ambo telah mendapat keputusannya dari HUSM Kubang Kerian. Alhamdullillah keputusannya amat baik berbanding dengan keutusan dua bulan yang lalu.


TC : 5.6 - sesi temujanji lalu 6.08. paras normal 4.00

LDC : 3.72 - perlu bawah 2.5
HDL : 1.32 - ok
TG : 0.93 - ok/perlu kurang 1.7

ATTL : 88 - sesi temujanji yg lalu 138.(fungsi) perlu buat pemeriksaan Ultrasound bagi mengesan fatty liver.

Yang pentingnya pemakanan yang baik dan seimbang serta senaman perlu dilakukan



Continue Reading...

Rabu, 20 Februari 2013

Bendera dan Poster

Sekarang dah makin sibuk. Sana sini, ditepi-tepi jalan bendera dan poster semakin menebal. Membawa petanda lah tu. Jentera telah digerakkan.  Ambo pun dah makin sibuk dah terima arahan untuk memasang bendera, sudah mengerakkan anak-anak buah untuk berkerja bersama..

Ceramah-ceramah akan dan telah dilaksanakan. Masa inilah orang politik turun padang berjumpa akar umbi. Turun dengan muka manis..

arahan.. arahan.... pasang poster, pasang poster.. Ambo kerah anok buah dan awok-awok..Bereh bos kata mereka,.. janji lepas rokok dan duit teh.. bila lagi nak rasa bos..... orang lain dah rasa kami pun nak rasa juga walau sedikit
Continue Reading...

Isnin, 18 Februari 2013

Program Anak Angkat

Selesailah sudah Program Anak Angkat Peti Undi Lubuk Kawah bersamaUPSI yang bermula dari 13 Februari hingga 16 Februari yang lalu. disebabkan masalah line internet maka ambo lambat mengupload kisah-kisah dan gambar berkaitan dengan program ini







Continue Reading...

Selasa, 12 Februari 2013

Hujung Minggu

Aduhh... hujung minggu yang sibuk dan memenatkan.. banyak yang terpaksa ambo lakukan pada hujung minggu ini.. Satunya ambo terpaksa menerima anak angkat seramai dua orang. Program dari UPSI bersama peti undi ambo.. Rabu PATSKOM .... Khamis ke HUSM KUbang Kerian bagi sesi temujanji bersama doktor dan membuat ultrasound... Sabtu,.. Pelancaran jentera Pilihanraya Parlimen..
Continue Reading...

Isnin, 11 Februari 2013

Program Berakit sempena Sambutan Maulidurrasul

9 Februari 2013 - Sempena Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini UMNO DUN Hulu Besut telah mengadakan Program berakit menyusuri Sungai Besut bermula dari Batu 13 dan berakhir di Kampung Darau. 













Sepatutnya entri ini aku postkan pada hari yang sama programn berlangsung tetapi disebabkan masalah line broadband yang terlalu perlahan



Continue Reading...

Jumaat, 8 Februari 2013

Buah Cupu

Mungkin ramai yang mengenali buah cupu tapi mungki ramai yang tidak mengetahui khasiat pokok cupu. Anak pokok cupu boleh mengurangkan/menghilangkan penyakit batu karang. caranya cabut anak pokok ini, bermula dari akar, batang dan daun dicincang dan dijemur kering selepas itu direbus.



Continue Reading...

Pokok Dukung Anak

Pokok Dukung anak atau Nyiur Nukut merupakan penawar bagi penyakit demam kuning. Caranya ialah dengan meminum air rebusan pokok ini bersama dengan pokok Susu Kambing 





Continue Reading...

Program Berakit

Ni lah gambar-gambar rakit puak ambo yang sedang dalam pembikinan. Rakit yang dibina dari batang batang paip pvc 6 inci. Yang tinggal kini hanya kerja menghias dan menguji sahaja. Petang nanti rakit ini akan dihantar ke tempat pelepasan dan dipasang semula disana. Program Berakit Sempena Sambutan Maulidur rasul akan diadakan pada esok hari 9 Februari jam 9.00 pagi.









Continue Reading...

Isnin, 4 Februari 2013

Penting - Februari

Ada beberapa program/perkara yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya bulan Februari ni.

1.  Program Pemuda berkonvoi - ha., yang ini penting kerana aku yang menguruskannya

2.  Penyata PATSKOM - bengkelnya akan diadakan pada 13 dan 14 februari ni
3.  Temujanji dengan doktor di HUSM Kubang Kerian pada 14 Februari.
4.  Majlis Maulidurrasul/Berakit - hanya sebagai peserta.


Continue Reading...