Alhamdulillah syukur kerana diberi kesihatan dan keupayaan untuk melakukan tugas harian dan amal ibadat untuk Allah subhanahu wa ta'aala. Satu segmen yang baik dianjurkan blogger ejulz, Segmen Aminkan Doa sahabat. Semoga semua sahabat kita termakbul.
Disamping itu marilah kita sama-sama berdoa untuk emak, ayah, datuk, nenek, keluarga kita dan saudara mara kita diberi kesejahteraan dan kerahmatan.
Dalam hidup ini pokcik sentiasa berdoa semoga diri ini diberi kesihatan yang sempurna, diberi keberkatan rezeki, anak anak yang soleh, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan berdoa supaya bumi Malaysia ini sentiasa aman untuk didiami oleh anak cucu kita nanti.